top of page
Adzhar Abdullah (mentor)

Saudara Adzhar Abdullah adalah seorang yang gigih dalam perjuangannya. Kini beliau sedang berusaha dan belajar sambil menjana pendapatan dalam STAR ini.  Banyak testimoni kejayaan beliau dalam bidang pemasaran dan juga produk. Manakala isterinya telah disahkan doktor normal dari menghidap diabetes.

Siapakah Kami?

         STAR atau Smart Team Academy Reality merupakan Idea dan konsep terkini yang dicipta khas untuk anda yang sememangnya benci kepada "Direct Selling" dan "Multi-Level Marketing". Matlamat utama STAR adalah memberikan panduan dan "guideline" dan sistem yang betul dalam industri jualan langsung dan bukannya melahirkan jurujual, tetapi melahirkan usahawan yang kaya dengan ilmu pengurusan, pelaburan, pemasaran, kepimpinan dan nilai kerohanian. 
 
           Ini kerana, sejak sekian lama, orang ramai sering terpengaruh dengan pujukan dan perdayaan "Leader -Leader" yang menyalahgunakan syarikat jualan langsung sebagai platform untuk cepat kaya dengan mendaftar sebagai ahli syarikat MLM ataupun melabur sejumlah wang sehingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit. Malah, ramai yang tidak faham tentang konsep dan ilmu tentang mengembangkan perniagaan secara duplikasi serta risikonya. Kebanyakan orang hanya faham konsep - masuk direct selling, jual produk (jadi salesman), cari orang/paksa/tipu orang dan kemudian boleh kaya. 
 
         STAR menggunakan "platform" syarikat bumiputera iaitu Syarikat Liqua Health Marketing (M) Sdn Bhd yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1996. Syarikat ini mempunyai Pelan Pemasaran dan Produk Kesihatan yang terbaik di Malaysia, amat sesuai dengan konsep STAR, tidak membebankan dan telah melahirkan ramai jutawan khususnya Kaum Cina di Malaysia.
 
          Oleh itu kami mengambil inisiatif ini supaya orang ramai, golongan muda, golongan makan gaji dan golongan miskin dan mereka yang mahu mencipta kejayaan dengan hanya belajar dan secara tidak langsung tidak perlu bergantung kepada pinjaman pelajaran lagi serta tidak perlu menjadi " Rat Race" - belajar tinggi-tinggi untuk mencari kerja. Manakala jurang kemiskinan dapat dikurangkan.
 
          Kesimpulannya selepas anda tamat kursus intensif selama 6 bulan di STAR ini, anda telah anda pendapatan sendiri dan inilah kerjaya anda untuk mencapai matlamat diri, iaitu memperbaiki hubungan sesama manusia, kebebasan kewangan, masa, tenaga, kejayaan di dunia dan di akhirat yang akhirnya dapat menubuhkan sebuah institusi pendidikan pada masa hadapan. 
Ustaz Azizi Hj. Misbah (Pengasas)
Azizul Hj. Misbah (mentor)

Saudara Azizul Hj Misbah adalah adik kepada Ustaz Azizi Hj Misbah yang sama-sama merancang, menyusun serta mencetus idea penubuhan STAR Academy. Dijangka akan menjadi mentor utama kepada kumpulannya khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan berusaha keras dalam mempromosikan STAR.

Baru 3 bulan aktif dalam bidang MLM dan telah mencapai status Diamond Manager 3 bulan berturut-turut secara Part-Time. Walaubagaimanapun, beliau bukanlah orang yang suka bidang direct selling kerana tidak mempunyai masa dan tidak pernah buat perniagaan MLM tetapi mula mencipta pendapatan kerana tidak perlu menjadi salesman.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri MLM (20 tahun) dan sedang mencipta nama dalam perniagaan Syarikat Liqua Health Marketing (M) Sdn Bhd. Beliau telah dianugerahkan sebagai "Most Progressive Leader Award 2013" dan juga 1 STAR Manager serta dalam masa tidak kurang setahun. Peringkat permulaan bagi mewujudkan institusi 
Network Marketing secara tersusun dan mendapat kolaborasi dan usahasama dari Encik Rohaizan bin Abol Hasan (Pengarah Syarikat Liqua Health Corporation Berhad) bagi menubuhkan STAR Academy. Beliau sedia mencurahkan pengalaman beliau dan ilmu kepimpinan serta disiplin bagi mencipta kejayaan di akademi ini bagi mencapai matlamat anda. Beliau juga adalah Pengasas Pusat Rawatan Islam yang berpusat di Kluang, Johor serta mendapat liputan di akhbar, majalah dan juga rancangan televisyen "Expose Mistik" 

STAR Academy adalah inisiatif Kumpulan Smart Team iaitu pengedar berdaftar Liqua Health Marketing (M) Sdn Bhd 

Mohamad Helmy Ikmal Nordin (Bakal Peserta)

Beliau adalah pengurus restoran di Kluang, Johor yang telah pulih dari penyakit sawan sejak 5 bulan yang lalu hasil daripada mengamalkan produk Liqua Health Spirulina . Kini beliau akan menyertai STAR bagi meningkatkan keyakinan diri dan juga mengembangkan lagi perniagaan beliau.

bottom of page